Cute Polka Dotted Magenta Bow Tie Ribbon
Nur Illiana Qistina

Bonjour!
Assalamualaikum!


Hello guys Wanna ask me a Question? Just Click Here . Welcome to my blog. I'm Nur Illiana Qistina , the owner of this Blog.



Tagboard
Leave Your Footprints Here !







Here
My Twiiter




Older Post | Newer Post
fandom

Tujuh tahun aku bergelar seorang kpopper. Pernah sekali aku terfikir untuk berhenti jadi kpopper disebabkan beberapa sebab. Aku dah penat ! Aku dah tak tahan. Fanwar sana sini tanpa kesudahan. Aku tak faham macam mana boleh wujudnya isu 'fanwar' ni. Mungkin disebabkan KPOP dah dikenali ramai atau pemikiran sesetengah kpoppers ni sendiri yang pantang dicabar.


Berbalik pada isu EXOstan. Aku kenal EXO before diorang debut. Act masa tu aku tak minat diorang sangat. Cuma aku kenal diorang. No need to mention this. But yeay I'm one of their 'anti fan'. Tapi aku mula jadi fan exo masa MAMA era. Melihat dari pelbagai sudut aku tengok EXO's fans dulu dan sekarang sangat berbeza. Aku tak tahu kenapa, tapi aku rasa keadaan exostan dulu lagi "heaven" dari sekarang. Dulu exostan adalah fans yang sangat respect to each other. Susah nak berlaku fanwar ni. Kalau ada pon, aku tak pasti. Tapi jarang dengar.

Sekarang, EXO makin dikenali. Fans diorang makin bertambah hari demi hari. Satu peningkatan yg bagi aku sangat bagus. Cuma aku kurang senang dengan 'ACT' new fans ni. I admit exo fans meningkat after WOLF & GROWL era. Sebelum comeback aku tak pasti ramai yang kenal diorang. Dan new fans ni sendiri tak rasa macam mana peritnya exostan rasa sebelum ni. Tunggu diorang comeback entah bila.


Cuma ada satu benda yang aku tak suka bila, sesetengah exotics membandingkan EXO dengan group lain. It's TOO MUCH. Group yang dibandingkan tu bukanlah rookie. Tapi senior. Like TVXQ, SUJU & SHINHWA. Mereka yang dibandingkan tu dah legend dlm industri. Dah menang pelbagai awards. Rasanya tak patut dibandingkan dengan EXO yang baru setahun debut dengan mereka yang dah berpuluh tahun debut. Jauh bezanya tu ;

Bila ada yang kata EXO king of KPOP. Aku hanya geleng kepala. Bukan tak suka. Cuma aku rasa 'title' tu masih belum layak untuk EXO. Diorg masih jauh utk sampai ke tahap tu. Bila korang kata macam tu, tak fikir apa perasaan fandom lain? Apa pandangan fandom lain terhadap exostan/exotics. So, boleh berlakunya fanwar. Walaupon EXO dah menang pelbagai award dari music show, tapi bukan bermakna diorang 'KING' sebab award yang dimaksdkan tu bukan dari Mubank, Inkigayo, ect. Tapi MAMA, EMA.

Kekadang perbuatan korang tu boleh menimbulkan rasa kurang senang pada fandom lain. Tak salah korang nak bagi gelaran sebegitu pada EXO. Cuma biarlah sesuai dengan keadaan. Korang boleh bezakan rookie & legend kan? So dua ni tak boleh compared antara satu sama lain. Agak sensitive  bagi fandom lain. Kami, exostan pon turut terkena tempias. Tbh, aku rindu MAMA era. Sangat tenang. Takde benda-II macam ni jadi. Tapi sekarang? Tengok la sendiri,  ramai mula benci dengan exostan disebabkan sikap a few exotics. Please, aku nak exostan & new fans bersatu. No hate. No fanwar. No curse each other.